HEBAHAN TNCAA BIL. 6/2022 : MOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023
HEBAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) BIL. 6/2022 : MOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2022/2023
1. Selaras dengan Surat Makluman MQA Bilangan 7/2022 berkenaan Pelanjutan Fleksibiliti Pengendalian Program Pendidikan Tinggi 2022 bertarikh 8 Ogos 2022, adalah dimaklumkan pihak Universiti telah bersetuju bagi kemasukan pelajar Semester 1, Sidang Akademik 2022/2023 pada Oktober 2022 sepertimana berikut :
a) Pelajar Ijazah Pertama – Kemasukan Secara Fizikal dan Hibrid di mana sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara bersemuka, hybrid atau dalam talian sepenuhnya.
b) Pelajar Pasca Siswazah – Kemasukan Secara Fizikal dan Hibrid di mana sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara bersemuka, hybrid atau dalam talian sepenuhnya.
2. Dalam hal ini, Pusat Pengajian/PTJ dibenarkan melaksanakan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka, hybrid atau dalam talian sepenuhnya sehingga berakhirnya Semester 1 Sidang Akademik 2022/2023 akan datang.
3. Bermula Semester 2 Sidang Akademik 2022/2023, Pusat Pengajian/PTJ perlu melaksanakan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seperti asal sepertimana yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan memaksimumkan pengendalian secara ‘blended learning / hybrid learning’ (bersemuka dan dalam talian) sebagaimana ketetapan semasa MQA.
4. Pelajar dinasihati agar peka kepada semua pemberitahuan oleh pihak Universiti dan Pusat Pengajian dari masa ke semasa.
Sekian, terima kasih
7 September 2022
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OFFICE OF DEPUTY VICE-CHANCELLOR (ACADEMIC & INTERNATIONAL) CIRCULAR NO. 6/2022: TEACHING AND LEARNING MODE SEMESTER 1, ACADEMIC SESSION 2022/2023
1. In accordance with the Malaysian Qualifications Agency – MQA Letter No. 7/2022 regarding the Extension of Flexibility in the Operation of Higher Education Programmes 2022 dated 8th August 2022, the University has agreed to conduct the admission of students for Semester 1, Academic Session 2022/2023 in October 2022 as follows:
a)Undergraduate Students – Fully Physical and hybrid learning or fully online learning sessions.
b) Postgraduate Students – Fully Physical and hybrid learning or fully online learning sessions.
2. Schools/Centres (PTJ) is allowed to implement the Teaching and Learning (PdP) mode as faceto-face, hybrid or fully online until the end of Semester 1 Academic Session 2022/2023.
3. Starting Semester 2 Academic Session 2022/2023, the Schools/Centres (PTJ) needs to implement the Teaching and Learning (PdP) mode as originally approved by the Ministry of Higher Education (MOHE) by maximizing the handling of 'blended learning / hybrid learning' (face-to-face and online) as per the current set of MQA.
4. Students are advised to be aware of all notices from the University and the Schools from time to time.
Thank you.
September 7, 2022