Division of Academic & International |  Main Campus

HEBAHAN TNCAA BIL.4/2022 : PENGGUNAAN ALAT SWIVL BAGI PEMBELAJARAN HIBRID

HEBAHAN TNCAA BIL.4/2022 : PENGGUNAAN ALAT SWIVL BAGI PEMBELAJARAN HIBRID


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa bagi memperkasakan pembelajaran secara hibrid, pihak universiti telah membuat perolehan peralatan bantu mengajar baharu iaitu sebanyak lapan (8) unit Swivl untuk digunakan oleh pensyarah yang menjalankan sesi pembelajaran secara hibrid di dewan kuliah bagi ketiga-tiga kampus.


3. Sebanyak enam (6) unit Swivl akan dibekalkan di Kampus Induk manakala satu (1) unit Swivl akan dibekalkan di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Proses pinjaman peralatan dan bantuan teknikal boleh dirujuk di kampus masing-masing seperti berikut:-
i. Kampus Induk - Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (PTPM)
ii. Kampus Kejuruteraan – Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteraan
iii. Kampus Kesihatan – Unit Kemudahan Akademik & Sokongan Teknikal


4. Bersama-sama ini disertakan Borang Pinjaman dan SOP Pinjaman Swivl, Tatacara Pengendalian Swivl (Macbook) menggunakan IOS & Android Mobile Devices dan Tatacara Pengendalian Swivl (Window OS) menggunakan IOS & Android Mobile Devices untuk rujukan. Sebagai makluman, dokumen ini turut boleh dirujuk dan dimuat turun di laman web ptpm.usm.my [Booking Form (usm.my)] .


5. Dalam hal ini, pihak universiti berharap dengan inisiatif ini dapat membantu pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian pembelajaran kepada pelajar mengikut kesesuaian program pengajian.


6. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

16 Mac 2022

    Deputy Vice-Chancellor ( Academic & International )
    Chancellory, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
    Tel : +604 653 3295  |  Fax: +604 656 6699  |  Emel :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  

    Hak Cipta © 2022 Universiti Sains Malaysia.