HEBAHAN TNCAA BIL.1/2026 : TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL BAHARU MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) 2026 DAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera,
YBhg.Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN TNCAA BIL.1/ 2026 : TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL BAHARU MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) 2026 DAN SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat edaran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertarikh 26 Februari 2026 berkaitan pelaksanaan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) bagi kelompok U1 di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat YB Menteri Pendidikan Tinggi bersama Jawatankuasa Penasihat Semakan Semula MPU dan Amanat Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi telah memutuskan agar Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) bagi kelompok U1 disemak semula dan ditawarkan kepada semua pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Pelaksanaan kursus MPU baharu ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan serta hala tuju KPT dalam 7 Fokus Utama untuk dicapai oleh sektor pendidikan tinggi.
3. Pelaksanaan kursus MPU baharu ini melibatkan pengenalan kursus berikut:
|
Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6)
Kursus-kursus ini akan berkuat kuasa mulai Semester 1 Sesi Akademik 2026/2027. |
|
Peringkat Diploma
Kursus ini akan berkuat kuasa mulai Semester 2 Sesi Akademik 2026/2027 di semua IPT. |
4. Di samping itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut menetapkan beberapa keperluan pematuhan baharu seperti berikut:
- Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024) yang memberi penekanan kepada pendekatan Value-Based Education (VBE) dan Education for Sustainable Development (ESD) sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling MQA Bil. 5/2024. Semua program akademik perlu melaksanakan penjajaran bagi mematuhi MQF Edisi Kedua (2024) yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.
- 26 Standard Program yang merangkumi pelbagai bidang sebagai rujukan dalam pembentukan, penawaran serta jaminan kualiti program pengajian.
- Standards for Undergraduate Programmes (SUP) bagi program yang tidak tertakluk kepada mana-mana standard program khusus sedia ada, sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling MQA Bil. 5/2025.
5. Selaras dengan dengan arahan KPT dan keperluan MQA tersebut, semua program akademik Universiti perlu menyemak semula struktur program dan melaksanakan semakan kurikulum bagi memenuhi keperluan baharu MPU serta penjajaran kepada elemen VBE dan ESD dalam MQF Edisi Kedua (MQF 2.0), di samping memastikan pematuhan kepada Standard Program khusus dan Standards for Undergraduate Programmes (SUP).
4. Sehubungan d YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat Semakan Kurikulum dan Pelaksanaan Modul Baharu MPU 2026 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Pautan : https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=mad2e7a79bf09378a32b6c840b53e3de1
Join by meeting number
Meeting number (access code): 2512 172 2864
Meeting password: 12345
5. Sukacita sekiranya YBhg.Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan dapat memberikan maklumbalas kehadiran melalui pautan berikut selewat-lewatnya sebelum 9 Mac 2026 : https://forms.gle/zsFxGZFbhahSrXxy7
6. Kerjasama dan kehadiran dari YBhg. Dato'/Prof./ Dr./Tuan/Puan amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan modul baharu MPU serta semakan kurikulum program akademik Universiti dapat dilaksanakan dengan lancar menjelang Semester 1 Sesi Akademik 2026/2027 ini.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Pejabat Timbalan Naib Canselor / Deputy Vice-Chancellor Office
Akademik dan Antarabangsa / Academic and International
Universiti Sains Malaysia / Universiti Sains Malaysia
11800 USM / 11800 USM
Pulau Pinang / Penang Malaysia
No. Tel: 604-653 3295
No. Fax: 604-656 6699
E-mel: