HEBAHAN TNCAA BIL.1/2022 : PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA BERSEMUKA
HEBAHAN TNCAA BIL.1/2022 : PELAKSANAAN PEPERIKSAAN SECARA BERSEMUKA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan susulan Mesyuarat Pengurusan Krisis Wabak Covid-19 Nerve Centre pada 12 Januari 2022 adalah berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa bagi Pusat Pengajian/PTJ yang menjalankan sesi Peperiksaan Secara Bersemuka (f2f) perlu memastikan pelajar mematuhi SOP berikut:
2.1. telah mendapat dos vaksin lengkap serta melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin.
2.2. bukan dalam kategori Person Under Investigation (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) atau kontak rapat yang masih dalam penyiasatan.
2.3. telah menjalani ujian kendiri Covid-19 sebelum menduduki peperiksaan.
2.4. tidak mempunyai sebarang gejala Covid-19 semasa peperiksaan.
2.5. memakai pelitup muka dengan betul sepanjang masa.
2.6. mengamalkan penggunaan cecair pembasuh tangan atau kerap mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum memasuki dewan peperiksaan.
2.7. menunjukkan paparan Status Risiko COVID-19, MySejahtera kepada Pembantu Peperiksaan yang bertugas.
2.8. mengikut arahan Pengawas dan Pembantu Peperiksaan yang bertugas dari semasa ke semasa.
2.9. pelajar PETAS perlu melengkapkan Borang A bagi menghadiri peperiksaan secara bersemuka.
3. Sehubungan dengan ini, pihak Pusat Pengajian/PTJ adalah bertanggungjawab untuk:
3.1. merekodkan kehadiran pelajar di setiap sesi peperiksaan (PTJ & MySejahtera).
3.2. merekodkan suhu badan sebelum memasuki dewan peperiksaan.
3.3. menyediakan kemudahan cecair pembasuh tangan serta menguruskan urusan sanitasi di bilik peperiksaan, dewan peperiksaan, makmal di bawah seliaan pusat pengajian.
3.4. menjaga penjarakan sosial di dewan peperiksaan.
3.5. memastikan kapasiti pengoperasian tempat peperiksaan sebanyak 50% sebagaimana SOP yang ditetapkan oleh Nerve Centre.
4. Dalam hal ini, dimaklumkan bahawa pihak Nerve Centre akan menjalankan pemantauan pematuhan kepada SOP di semua premis pengajaran & pembelajaran dari semasa ke semasa bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung.
5. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Dato’/ Profesor/Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
14 Januari 2022