Division of Academic & International |  Main Campus

BAA Anjur Sesi Perkongsian Ilmu "Accreditation of Prior Experiential Learning' (APEL) oleh CEO, MQA

APEL

13 SEPTEMBER 2022, PENANG : Bahagian Akademik & Antarabangsa telah mengadakan sesi Perkongsian Ilmu : " Accrediation Prior Experience Learning" yang disampaikan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran di Dewan Persidangan Universiti. Sesi ini telah mendapat sambutan memberansangkan oleh Dekan, Timbalan Dekan serta pegawai-pegawai pentadbiran universiti yang dihadiri lebih dari 110 orang peserta.

Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USM, Prof. Dato' Gs. Dr. Narimah Samat dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada MQA yang telah mewujudkan ruang bagi memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang atau tidak memiliki kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui program APEL ini.
 
Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Pengarah Kanan, Pembangunan Dasar & Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa.

    Deputy Vice-Chancellor ( Academic & International )
    Chancellory, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
    Tel : +604 653 3295  |  Fax: +604 656 6699  |  Emel :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  

    Hak Cipta © 2022 Universiti Sains Malaysia.