Division of Academic & International |  Main Campus

Jawatankuasa Bertindak Dasar Bahasa USM

Jawatankuasa Bertindak Bahasa Melayu

Pengenalan
Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh SENAT sebagai satu langkah positif untuk melaksanakan dasar Bahasa Malaysia dengan tegasnya dalam aspek pengajaran & pembelajaran di USM. Tujuannya ialah untuk mengatur langkah dan menyegerakan tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenai perkara-perkara pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia.

Rangka Tugas
Bertindak untuk mengawasi pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia.
Membincangkan dan membuat saranan tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia di semua peringkat Universiti.
Mengawasi hal ehwal peristilahan, perkamusan dan semua jenis penulisan termasuk buku-buku, tesis, bahan-bahan terjemahan dan bahan-bahan tidak bercetak di dalam Bahasa Malaysia.
Meneliti isu-isu bahasa yang timbul dari semasa ke semasa.

Keanggotaan
Jawatankuasa ini dianggotai oleh:
(a)  Dekan Pusat-Pusat Pengajian.
(b)  Pengarah Pusat.
(c)  Penyelaras Unit.
(d)  4 orang ahli yang dilantik oleh Naib Canselor.
(e)  Seorang wakil bagi setiap Pusat-Pusat Pengajian/Pusat.

Tempoh pelantikan ahli ialah setiap 2 tahun.

    Deputy Vice-Chancellor ( Academic & International )
    Chancellory, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
    Tel : +604 653 3295  |  Fax: +604 656 6699  |  Emel :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  

    Hak Cipta © 2022 Universiti Sains Malaysia.