Division of Academic & International |  Main Campus

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE AKADEMIK KEDUTAAN LIBYA DI MALAYSIA

libya

 

PULAU PINANG, 8 SEPTEMBER 2022- Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada atase akademik Kedutaan Libya di Malaysia, yang diketuai Dr. Aiman Elmahmodi di Bilik Persidangan Canselori, di sini baru-baru ini.

Kunjungan hormat yang disambut oleh Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat itu antara lain membincangkan isu yang berkaitan kebajikan pelajar-pelajar Libya di USM.

Pertemuan santai di antara kedua-dua pihak turut merangkumi hal ehwal pelajar ijazah tinggi Libya, termasuk permasalahan urusan visa pelajar, urusan pembayaran yuran pengajian dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam tempoh pendemik yang sedikit sebanyak menjejaskan pengajaran serta pembelajaran dan lain-lain.

Selain itu, turut dibincangkan ialah berkenaan potensi kolaborasi program akademik antara USM dengan universiti  awam di Libya dalam bentuk program pesisir ataupun usahasama penawaran dual degree atau double degree.

Pihak kedutaan Libya juga turut menunjukan minat dalam aktiviti mobiliti pelajar dan pertukaran staf khususnya program latihan dan pembangunan staf dari Libya di USM serta potensi kerjasama penyelidikan yang berkaitan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Delegasi Kedutaan Libya turut disertai oleh Penolong Attache Akademik, Dr. Mohamed A.M Ahssi dan Penolong Pegawai Kewangan, Husam Almishri A.M.

Manakala di pihak USM, hadir sama ialah Pengarah Pembangunan Korporat Strategik, Muhamad Sabri Said, Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Akademik dan Antarabangsa, Amirullah Zainal Abidin dan Penolong Pendaftar Kanan, Nor Ezliza Hasim.

sumber : USM News Portal - USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE AKADEMIK KEDUTAAN LIBYA DI MALAYSIA

    Deputy Vice-Chancellor ( Academic & International )
    Chancellory, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
    Tel : +604 653 3295  |  Fax: +604 656 6699  |  Emel :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  

    Hak Cipta © 2022 Universiti Sains Malaysia.